Latar Belakang Syarikat

JAYA TECH ENGINEERING SERVICE SDN BHD (Jtessb) telah ditubuhkan pada 14 November 2005 dengan inspirasi yang jelas untuk diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik & mekanikal yang berkualiti. Dibangunkan khusus untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan, pendawaian dan penyelenggaraan system  elektrik & mekanikal serta penghawa dingin untuk kegunaan komersial dan domestik. Hari ini, dengan hampir 14 tahun pengalaman dalam penyediaan perkhidmatan dalam bidang industri tenaga, kami menawarkan perkhidmatan pemasangan, pendawaian dan penyelenggaraan terbaik dari segi kualiti dan integrity perkhidmatan.

Sebagai penyedia perkhidmatan yang terbaik, JTE didedikasikan untuk memastikan pelanggan kami memperoleh perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan mengikut kehendak pelanggan dan mengikut standard piawaian yang ditetapkan.

Visi

Diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan
dalam industri kejuruteraan terkemuka

Misi

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkualiti, efisien dan terbaik serta mengikut standard piawaian seterusnya mencipta peluang pekerjaan
Copyright 2020 Jaya Tech Engineering Service Sdn Bhd | All Rights Reserved | Jayatech Resources